Posts

Showing posts from February, 2016

Dapat hormat

    
Tingkatan pelajaran tidak perlu tinggi untuk dihormati, tetapi akhlak dan budi perlu sentiasa diperhalusi. Atau mungkin kau boleh fikirkan tentang diri kau sendiri jika kau rasa budi bukan untuk dikenang kenang, dan jika kau mati kau tanam diri kau sendiri.

Untuk menghormati pulak bukan pada tingkatan pelajaran yang tinggi dan kaya sahaja, tetapi nilai hidup dan budi seseorang yang dia beri. Atau mungkin kau boleh pilih yang mana kau rasa ada baiknya pada kau dan yang lain boleh pergi mati.

Tapi jika kau lupa sesuatu, sebenarnya jika kau nak dihormati, kau hormat orang lain dulu dan menghormati tak semestinya pada orang yang hormat kau sahaja. Atau mungkin kau belum pernah hormat pada orang yang tak nak bagi hormat pada kau dan kau rasa kau tu dah kira bagus. Ingat, hormat tu menghargai. Semua manusia layak mendapatkannya, walaupun dia kurang ajar.

Jadi, beri.

Duit

    
Aku kagum betul bagaimana duit boleh mengubah hidup dan perangai orang. Kerana duit kau boleh jadi perompak dan kerana duit jugak kau boleh jadi ustaz.

Jika aku persoalkan kenapa sibuk sibuk nak masuk campur dalam skandal 2.6 bilion atau semua yang berkait dengan duit biasanya masyarakat akan jawab "duit tu sepatutnya dilaburkan ke rakyat, bukannya untuk dibazirkan, jadi ini hak kami untuk mempertahankannya". Nampak sangat duit tu mempunyai satu kekuatan psikik yang membuatkan masyarakat hilang fokus (sebab pertahankan apa kejadahnya kalau dua puluh empat jam main phone je) dan kejatuhan moral jugak (contoh tu kau ambillah sendiri di laman sosial). All this negativity stops us, from being more. Mungkin sebab itulah ramai yang mula merompak sebagai jalan pintas untuk "teruskan hidup". Aku tak salahkan perompak jugak, sebab aku tak tahu apa keadaan, tujuan dan niat mereka sebenarnya, tapi apa yang aku nak ketengahkan sekarang ialah keadaan apabila duit tu menjadi terlalu penting untuk seseorang.

Kemudian aku tengok ramai orang mula berjinak jinak untuk berniaga; dalam talian atau penjenamaan produk sendiri. Baguslah aku pun pernah berniaga dulu (tapi rugi memanjang), tapi aku kurang minat dalam perniagaan sebenarnya (ataupun sebenarnya aku takda bakat aku rasa). Cuma nasihat aku untuk peniaga peniaga ni; janganlah merendahkan orang yang tidak berniaga ataupun kerja makan gaji. Rilekslah sikit okey? Aku pun ada hati dan perasaan jugak. Kau nak berlagak aku tak kisahpun sebab you're showing your effort after years of struggling; that's pretty much inspiring though. Apapun, sebenarnya duit yang kita ada ialah apa apa yang kita dah belanjakan untuk Tuhan, dan duit yang ada dalam akaun bank itu bila kau takda, jadi orang lain punya. 

Aku jugak pening kepala dengan keadaan ni sebenarnya. Sebab duit aku ni asyik takde je. Ayah aku baru masukkan semalam, esok dah habis. Ada toyol agaknya dalam bank tu.

Nak kaya kaya nak pergi mana agaknya. Tapi siapa yang tanak kaya?

sumber dalam talian

    
Aku tengok terlalu banyak sangat sumber dalam talian yang merungkai berita berita terkini, fakta dan sebagainya. Aku tak kisah pun dengan isi sebab kebiasaannya aku tengok isinya dipetik dari akhbar akhbar rasmi, tetapi olahan dan tajuk penulis tersebut. Yang membaca pun apa kurangnya, mengolah jugak.

Boleh tak kalau aku kata ini satu penyakit? Penyakit ni dah lama sebenarnya, melalui blogspot dan kalau yang kaya sikit diorang ada laman sesawang sendiri bersama iklan iklan yang berbayar. Perasan tak dulu? Sama je kan, cuma dulu internet tak laju. That's all.

Kerana bila anak anak belikan mak dan ayah telefon pintar baru (dengan alasan senang nak Whatsapp), secara perlahan lahan penyakit ni hinggap. Aku kesalkan perbuatan itu tapi tak boleh nak buat apa sebab bila diorang dah mula pandai guna engin carian ataupun yang paling mudah anak anak ajar guna ialah "Facebook" (The Center of Knowledge nowadays), semuanya dah terlambat. Aku tak risaukan pornografi, ataupun iklan iklan berbayar kat internet tu tapi sumber bacaan diorang tu. Selalunya ayat "aku tengok kat Facebook... itu... ini..." mungkin akan selalu kau dengar zaman sekarang ni tapi sebenarnya tak semuannya dari Facebook tapi pautan yang menyambungkan Facebook ke laman sesawang yang lain. 

Aku pernah cakap pada ibu aku, jangan terlalu percaya dengan maklumat di Facebook tapi esoknya sama sahaja dia percaya. Aku tak marahpun sebab aku tahu, aku takan mampu nak halang. Aku pun tak tahu nak ajar macam mana cara nak fahamkan ibu tentang penilaian sumber dalam talian ni. Aku pantau dan biar selagi ia tak merubah keperibadian ibu aku kepada yang lebih buruk dan merubah kepercayaan ibu aku kepada pengabdian (walaupun mungkin ada 1 peratus perubahan but it is still okay). Ayah aku pulak? Kau tolong sampaikan boleh sebab kalau aku cakap satu, dia mesti tambah dua. Jadi aku malas. 

Sebelum menilai sesuatu maklumat di internet, pastikan sumber itu dari mana. Jika hadith perlukan sanad untuk memastikan kita berada di laluan yang Tuhan redha, maklumat di internet juga perlukan sumber dan bukti yang banyak, barulah apa apa yang kita katakan selepas itu bukan sesuatu yang berbaur fitnah. Itu je yang aku mampu bagitahu pada diorang dan akan selalu bagitahu pada diorang. Aku tak boleh nak bagitahu cara cara nak memastikan maklumat itu dari sumber dan bukti yang banyak pada diorang sebab ia terlalu rumit, dan perlukan pembacaan tambahan dan aku jugak bukan seorang pendebat (just in case I need to explain and argue). Jadi aku gunakan ayat tu je hehe.

Mungkin satu hari nanti anak anak boleh gantikan ayat ayat orang tua seperti "kau perlu percaya pada aku, aku makan garam dulu daripada kau" kepada "kau perlu percaya pada aku, aku main handphone dulu daripada kau". Kemudian mereka berkurang ajar bersama sama dengan orang tua.

Aku sayang keluarga aku dulu okay?
    
Hujan di Kuala Nerus dari malam semalam ke pagi. Cuba kau bayangkan keadaan di kawasan kampung tepi pantai bila hujan; angin sejuk, bunyi detik hujan dan kebiasaannya tiada bunyi guruh yang menakutkan. Malam tu kau masuk tidur, lepas bangun subuh esoknya kau tak boleh sambung tidur dan kena mandi sebab kau kena pergi kampus buat kerja. Dengan sejuknya lain, sedih tak dapat sambung tidurnya lain.

Harini aku ke Tanah Bencah Setiu ikut member cari umpun umpun (polychaete). Dah lama jugak tak masuk kawasan bakau. Hyper gila aku main lumpur. Teringin pulak buat video POV masuk ke dalam kawasan bakau. Mangrove swamp is a place that not everyone wants to go and maybe they would watch how we get our hands dirty there. Tapi sayangnya, aku pergi sehari je sebab aku dah tak sabar nak balik rumah nak lepak dengan GB.

Tabah betul member umpun umpun aku ni. Goodluck.