It's like everybody knows everything. I am scared.
Kenapa percaya teori konspirasi?
Hairan dengan dunia. Semakin ramai yang mempercayai benda yang mengarut sehingga jadikan ia satu prinsip dalam hidup yang akhirnya tidak membawa ke mana mana. Seperti vaksin dan homebirth yang sekarang kecoh. Sebenarnya bukannya terlalu susah untuk kita tahu sesuatu itu benar ataupun palsu. Tetapi tidak terlalu mudah jugak. Jadi aku cuba cari kenapa manusia ni terlalu mudah mempercayai bulat bulat tentang teori konspirasi. Sebelum tu aku nak bagitahu, bila hands on (macam exam pulak) memang susah nak bezakan samada konspirasi itu benar atau salah. Jadi biasanya bila perkara ni terjadi kepada aku, otak aku secara automatiknya akan jeniskan samada perkara itu soal akidah, hukum agama, atau sekadar berita berita. Dari situ mudah lah sikit tugas aku, samada aku nak teruskan merujuk atau aku hentikan je maklumat tu, " period ". Kemudian, watlek watchil, dan teruskan hidup macam biasa. Teori konspirasi ni macam satu penjelasan tentang perkara yang tak boleh explain dengan bukti ...
Comments
Post a Comment
sedia memberi ulasan?