Masa

    
Hi. Pernah tak terfikir macam mana orang dulu tentukan masa? Aku hairan jadi aku rasa nak tulis entri tentang masa, apa itu masa dan dari mana datangnya konsep masa secara ringkas (sangat ringkas haha).

Ada beberapa arguments tentang masa tapi it's not important here sebab aku nak ceritakan pandangan aku sahaja. Kalau kita buat carian di internet tentang masa, tiada siapa pun yang boleh bagi satu pemahaman yang solid. Masa sebenarnya tak wujud pun. Tunggu, jangan marah dulu. Ia wujud sebagai konsep. Ia satu konsep yang memudahkan kita melihat sesuatu dalam bentuk aturan. Daripada sudut fizik, ia suatu perkara yang menjadi asas atau reference kepada sesuatu yang bergerak (motion). Contohnya sesuatu bergerak mestilah daripada keadaan yang sebelumnya kepada keadaan selepasnya seperti kita lihat garis masa. Kalau kita tengok gambar yang tidak bergerak (sekarang ada gambar yang bergerak kot haha) kita tak dapat nak pastikan jika di dalam gambar tersebut mempunyai masa atau tidak.  

Neil deGrasse Tyson, seorang astrofizik dari Amerika dalam satu temu ramah kat youtube bagitahu, kita terperangkap dalam masa sekarang (present). Kita tak tahu apa yang akan berlaku, dan kita terperangkap dengan apa apa yang telah berlaku. It's like a prison. Jadi masa ni hanya logical experience yang kita perlukan untuk memudahkan kerja kita.

Susah sebenarnya nak hasilkan konsep masa yang boleh diterima pakai oleh semua orang, sebab ia mengambil masa yang lama untuk dapatkan satu konklusi yang tepat. Perkiraan masa bermula ribuan tahun dahulu, hanya dengan melihat pergerakan matahari dan bulan. Kemudian kepada penelitian bintang bintang sehingga kepada pergerakan atom (penentuan panjang 1 saat). Akhirnya lahirlah kalendar dan sistem 24 jam, yang semua orang pakai. Walaupun macam tu, sekarang pun masa masih lagi hanya anggaran, tetapi dengan teknologi yang kita ada sekarang ni, anggaran tu sangat tepat sehingga kesalahan 1 saat boleh dilihat berjuta tahun yang akan datang.

Kajian tentang masa masih lagi berjalan, dan aku pun tak tahu apa yang mungkin boleh dihasilkan oleh pakar pakar fizik untuk memanipulasikan masa dalam kehidupan. Apapun sentiasalah bersyukur sebab kita masih lagi berada dalam keadaan masa (present), sebab suatu hari nanti kita akan berada di satu keadaan yang tidak bergantung lagi pada masa. Dalam hadis cerita (lebih kurang) Nabi SAW nasihat, baginda buat kotak pastu ada satu garis lurus dari dalam kotak sehingga keluar kotak, lalu baginda bersabda, kotak ini kehidupan manusia, garis di dalam kotak ini ialah apa apa yang manusia dapat dalam hidupnya, sementara garis yang terkeluar itu ialah angan angan manusia.

Disclaimer: aku bukan ahli fizik, this is just my two cent. Kalau salah sila betulkan. Bye.

Comments

entri yang popular

Kenapa percaya teori konspirasi?

Adakah kita tertipu?

tak boleh

cubit pipi kau