Adab

    
Bila memikirkan perihal dunia melalui kaca mata rangkaian sosial maya kini, kadang tertanya bilakah bibit bibit kebencian dan pergaduhan ini akan berakhir. Jika di belek belek perjalanan cerita sepanjang hidup ni, secara umumnya semakin kita maju, semakin kita berada di dalam suasana yang serba tak kena. Terutamanya bila kita berhadapan dengan orang yang selalu menentang budaya yang selama ini orang mengamalkannya secara harmoni dengan alasan mereka membawa ideologi yang kononnya lebih maju. Tak kalah jugak bagi orang yang mempertahankannya jugak. Dua dua sama naik. Maka mereka yang terjebak di alam maya sebelum mumayyiz, belum dicorak dengan sempurna lagi, sangat mudahlah terpengaruh dengan semua ni. Bahkan mungkin sesetengah orang dewasa juga sedikit demi sedikit  tanpa mereka sedar telah pun menjunjung ideologi tertentu. Cuba kita check balik, ada tak kita terikut falsafah isme isme tertentu berdasarkan apa yang kita luahkan di akaun kita. Pasti ada. 

Aku berani kata bahawa apa yang zahir di alam maya akan membentuk persepsi, suasana dan mentaliti (corak pemikiran) masyarakat kita. Eh kenapa aku pulak yang rasa serba tak kena? Sepatutnya biarlah masyarakat dengan pilihan mereka. Betul, aku memang tak kisah pun apa nak jadi dengan masyarakat, tapi ada satu perkara yang aku bimbang, sesuatu yang membuatkan aku tak selesa sebenarnya. Perkara tu ialah adab. Rangkaian sosial maya kini bukan lagi satu platform untuk update berita family dan kawan kawan sahaja, tetapi telah tumbuh  menjadi satu budaya yang baru. Budaya yang meletakkan standard bahawa everyone can talk, about what and how they want, tak kiralah perkara itu betul atau tidak, ataupun dengan cara yang sopan atau tidak.

Rambut sama hitam, hati lain lain. Satu peribahasa yang bermaksud, setiap orang mempunyai pendapat masing masing. Memang mudah kita melontarkan pendapat zaman sekarang dan kerana terlalu mudahlah, banyak masalah yang timbul. Tidak kiralah betul atau salah dari sudut agama, fakta ataupun auta dari sudut logik, masing masing taksub mempertahankan pendapat masing masing. Maka, idea dan pendapat tersebut melahirkan kumpulan yang bersetuju dan tidak bersetuju. Jika ada berjuta pendapat, kau fikirlah sendiri berapa kumpulan yang akan muncul. Kadang kadang pendapat seseorang itu biasa biasa sahaja, tapi bila pendapat itu berkaitan dengan isu besar kita akan secara tidak sedar akan terikut dengan idea tersebut dan tergolonglah kita bersama mereka. Akhirnya, kita akan menjadi taksub dengan pendapat tu sehingga suatu masa, emosi akan ambil alih jiwa kita lalu mulalah kita abaikan adab yang selama ini kita diajar oleh agama. Lebih parah lagi jika, mengganggap agama pulak yang menghalang kita untuk bebas bersuara menegakkan pendapat kita. Ewah, kau. 

Tak semua orang akan setuju tentang salah dan betulnya sesuatu perkara. Ini yang perlu kita establish dalam kepala otak kita semua. Oleh itu, tiada sebab untuk kita tidak beradab di internet sehingga menimbulkan kebencian dan pergaduhan. Jika perkara ini berlanjutan, tak hairanlah jika keganasan akan timbul seperti contoh fitnah fitnah yang telah berlaku di banyak tempat di dunia ini. Semuanya bermula daripada kekurangan adab menegakkan pendapat masing masing. Bersetuju biarlah bersederhana, dan menzahirkan rasa tidak bersetuju juga perlu pastikan melalui cara dan saluran yang betul. Jadi aku berhipotesis bahawa kita tidak akan tenang, selagi kita masih menjadi hamba kepada media sosial. Pahit tapi itulah realiti yang kita harus hidup dengannya.

Selagi tak belajar adab, selagi tu kita takan harmoni.

Comments

entri yang popular

Kenapa percaya teori konspirasi?

Adakah kita tertipu?

tak boleh

cubit pipi kau