Peranan

    

Sebelum memasuki alam berumah tangga, kita kena tahu apa sebenarnya tujuan kita untuk berkahwin. Persoalan ini perlu dijawab dengan jelas dan tegas. Ada yang berkahwin atas dasar cinta, harta, pangkat ataupun agama. Aku belum berkahwin dan sepatutnya aku tak perlu lebih tahu tentang alam berumah tangga cuma aku nak diri aku sendiri faham apa tujuan perkahwinan itu sendiri. Secara jujurnya aku lebih mengidamkan suatu institusi yang mungkin zaman sekarang dianggap old-fashioned iaitu meletakkan tanggungjawab mencari nafkah dan melindungi keluarga daripada semua ancaman, kepada lelaki, dan tanggungjawab menyediakan rumah yang bahagia kepada perempuan. Setiap orang dalam keluarga itu ada peranan dan peranan itu terletak atas dasar tanggungjawab dan tidak akan berubah sepanjang zaman. Bagi aku, jika peranan ini berubah, maka dunia tidak akan lagi berputar seperti biasa. Masyarakat akan hancur dan institusi keluarga akan musnah. This is my standpoint. Jadi, tujuan aku untuk berkahwin adalah untuk membina satu institusi keluarga yang hebat dalam segala aspek selain melengkapkan agama dalam diri aku. 

Tiada contoh yang terbaik yang aku mampu fikirkan selain menyamakan peranan ini seperti satu organisasi yang mempunyai seorang ketua atau pemilik yang berkuasa mutlak atas organisasi tersebut. Walau bagaimanapun, perberbezaan yang paling penting untuk aku faham ialah, peranan lelaki sebagai ketua tidak mempunyai kuasa mutlak keatas ahli keluarganya. Dan setiap peranan itu tiada yang lebih baik atau yang hina. Zaman sekarang, peranan isteri yang membantu menyediakan rumah yang bahagia kini dianggap hina, maka bertebaranlah semua menjadi komoditi dan hamba kepada organisasi yang dianggap lebih maju dan berjaya. Padahal, sama sahaja peranannya di dalam institusi keluarga, malah menyediakan rumah merupakan satu peranan yang sangat mulia di sisi agama. Lelaki pulak, menjadi lebih lemah dan jika menjadi ketua, tidak mampu untuk menjadi ketua yang berprinsip, tegas dan bijak. Lelaki hanya menggunakan kekerasan jika kemahuannya ditolak, atas faktor lebih gagah daripada perempuan. Maka berperanglah keduanya sampai kiamat.  

Tapi sebenarnya aku faham, zaman sudah berubah. Kita bukan lagi hidup pada zaman dimana lelaki perlu pergi berburu untuk mendapatkan makanan di hutan, atupun pergi berperang untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Masyarakat kini sudah hanya berburu di bawah payung organisasi sebagai hamba, dan hanya berperang di media sosial melawan ideologi yang entah apa apa. Tak kiralah kau perempuan atau lelaki. Maka aku rasa kebijaksaan dalam menegakkan institusi keluarga ini perlu buat masa sekarang. Jadi jika seseorang isteri, inginkan kebebasan untuk berada di luar untuk mencari rezeki atau membantu suami, perlu memastikan tanggungjawab menyediakan rumah yang bahagia tidak diabai, anak anak cukup mendapat belaian seorang ibu yang lemah lembut, dan jagalah maruah suami ketika diluar. Yang si suami ni pulak, perlu menjadi seorang pemimpin yang mempunyai asas ilmu agama (tauhid, fiqh, dan tasawwuf) yang mantap, dan jauhilah fitnah fitnah dunia seperti harta, pangkat dan wanita. Lelaki perlu yang sentiasa menjaga maruah keluarga bila di luar dan berlemah lembut dengan keluarga di rumah dan juga perlu bantu isteri untuk menyediakan rumah bahagia (lelaki should be burdened with more responsibilities because physically they are stronger than perempuan).

I always remind myself that before you are thinking of getting married, fulfill your duty as a muslim first. Had all the syariat followed, get enough sunlight, do push-ups, and get rid of frivolous kinds of stuff in life. So at least, when you get married, you know your strength isn't just financial, but also spiritual and moral. Teringat cikgu aku selalu pesan "a man gotta do, what a man gotta do" (man dibaca = man and woman).

Trying to be a man each day.

Comments

entri yang popular

Kenapa percaya teori konspirasi?

Adakah kita tertipu?

tak boleh

cubit pipi kau