Posts

Showing posts from August, 2021

Politikus

    

Sejak 2018, kemelut politik tanahair tak berkesudahan. Keadaan sentiasa tak stabil, dengan setiap kali pertukaran kerajaan, maka dasar dasar juga bertukar. Kita seperti tidak berada di atas landasan yang benar, masih terumbang ambing. If when something is not right, kita perlu cari sesuatu untuk dipersalahkan. Maka, adakah politik dan ahlinya perlu dipersalahkan?

Kita sebagai rakyat, yang telahpun secara tidak sedar masuk ke dalam dunia moden, perlu sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Kesemua pihak sebenarnya bersalah, tak kiralah kesalahan itu bersifat individualistik ataupun secara kolektif. Oleh kerana I don't know what game the politicians are playing, so yang aku boleh katakan mengenai mereka ialah, it's their role to play the game dan kita sebenarnya tidakpun terlibat secara langsung dalam permainan mereka, kecuali jika kita membenarkannya. Seperti bermain satu permainan, hanya orang yang bermain sahaja tahu apa yang akan mereka lakukan. Jadi apa yang kita boleh lakukan sebagai penonton, hanyalah mengulas dan memberi pandangan.

Dalam mengulas dan memberikan pandangan tentang politik, pendirian aku simple, siapa salah harus bertanggungjawab dan siapa betul perlu diberi kredit. Tiada berat sebelah dalam menilai ahli politik. Tetapi yang aku lihat kebanyakan orang mengulas dan memberi pandangan dengan kaca mata yang mengandungi kebencian dan penghinaan terhadap sebelah pihak. Jika begitulah cara kita, sampai bila bilapun sebenarnya kemelut politik ini takan habis. 

I do talk about politics, yes. Tapi aku takan cakap dengan someone yang taksub dengan sebelah pihak. Sebab itu takan membawa kepada perbincangan tapi lebih kepada perbalahan. Secara asas, kepimpinan bukanlah sesuatu yang mudah dan sesuatu yang kita takan mampu faham. Jadi sebenarnya yang bermasalah ialah diri kita sendiri. Dahlah membaca kurang, tapi menganalisisnya seperti profesor, walhal hakikatnya kita terikut ikut dengan trend. Orang sogok dengan kenyataan, kita terima bulat bulat. Orang guna istilah tu kita nak guna juga istilah tu. Sejauh manakah kita memahami bagaimana istilah itu terhasil? Sejauh manakah kita faham apa maksud istilah itu? Dan sejauh manakah kita tahu kebenaran daripadanya? 

Kita rindukan kestabilan tapi kita juga yang menambah minyak dalam api. Sedarlah, jika politik itu permainan catur, kitalah bidaknya. Maka usahlah dipermainkan oleh mereka. Ambil tahu semua yang berlaku dan nilai dengan ilmu bukannya nafsu. Kemudian, natijahkan dalam pilihan raya. Jadilah rakyat yang berilmu dan berbudi bahasa. 

Kita nak ahli politik bagus tapi kita?

Norma Baharu

    

Bismillah. Sebelum aku mulakan entri kali ini, aku mulakan dengan nama Tuhan yang memiliki sifat yang maha sempurna yang layak bagi-Nya dan tidak mungkin mempunyai sifat kekurangan atas-Nya. Selawat ke atas junjungan besar nabi mulia, Saiyyidina Muhammad bin Abdullah SAW, hamba dan pesuruh Allah. 

It's been awhile aku tak post anything in this blog. I have a lot to tell, but I have no strength to write. Pandemik COVID-19 yang bermula Febuari 2020 tak menunjukkan tanda tanda akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Seluruh dunia terkesan dan kita tak akan mampu faham setiap individu tentang apa yang mereka rasai sekarang ini walaupun orang tu yang paling dekat dengan kita. Tapi itu bukan bermaksud kita patut membiarkan sahaja keluarga, sahabat, kawan kawan dan orang sekeliling kita. Sepatutnya waktu sekarang, bertanya khabar sangatlah membantu walaupun sekejap. Waktu yang kita luangkan, mungkin sedikit tapi mungkin sangat bermakna bagi kita semua, atau mungkin juga itulah masa yang terakhir untuk kita.

Banyak perkara yang berlaku sejak tahun lepas. Jika aku imbau kembali, pada awal kita memerangi pandemik ni dengan duduk di rumah, banyak idea idea kreatif yang di pamerkan oleh masyarakat untuk menghilangkan kebosanan berada di dalam rumah. Setelah beberapa bulan, kita hampir berjaya sehingga kita pernah mencatatkan kosong kes tempatan. Semua orang gembira, tapi siapa sangka kegembiraan itu tak kekal lama. Beberapa bulan kemudian, peningkatan kes dicatatkan dan kes terus meningkat naik sehinggalah sekarang dimana kes sudahpun melangkaui 20, 000 sehari dan 300 kematian. Masyarakat pun tak lagi mampu untuk menghilangkan kebosanan yang melampau, dan ramai yang bangun hanya memikirkan bagaimana untuk teruskan hidup. Lebih 90 hari kita semua terkurung di dalam rumah, dengan kes yang tak lagi menampakkan penurunan. Siapa yang mampu gembira pada waktu macam ni? Adakah ini semua illuminati guys?

Hampir 9 bulan aku tak balik ke kampung, dan ini ialah tempoh yang paling lama aku tak balik ke kampung jumpa ibu ayah. Aku bukannya family guy pun but I don't know why I am missing them so much. Aku mimpi my parents, mimpi arwah nenek dan mimpi balik kampung for few times within this period. Pelik. Then, my only grandfather, baru sahaja meninggal akibat sakit tua minggu lepas dan aku tak dapat nak balik pun untuk lihat arwah buat kali terakhir. That is the trigger point which made me realise, how important family to me, even though we have little feelings to them. Aku sedar bahawa keluarga tak akan pernah ada pengganti, dan apa apa yang diorang buat, sama ada aku suka ataupun tak, will reflect back to me that nobody in this world is 100 percent perfect and how they treat you will never reach your satisfaction. Kawan, datang, pergi dan boleh diganti. Tapi keluarga, takan pernah ada pengganti. It is just the right time to mend this and believe me, inilah perkara yang aku akan kedepankan after this. "Check on them not on your free time, but make time to check on them everyday.".

Secara jujurnya, aku rasa kosong, tiada arah dan motivasi aku dropped to zero percent. Everyday I open my eyes, aku akan rasa malas nak bangun ataupun untuk teruskan kehidupan. Tapi sebab lapar, so terpaksa la bangun cari makanan. Hahaha. Tapi serius, aku hampir hilang arah. During these hard times, I am grateful to have a bunch of friends who can make me feel sane all the time. But believe me, this is one of the greatest blessings, walaupun aku tahu, everyone is surviving in their own ways. I just hope that they stay strong, so that aku boleh absorb that spirits until I can stand on my own feet again. Arigato gozaimas!

Jika aku renung kembali, how our life changes so fast. Tiada lagi kebebasan untuk buat apa sahaja, mungkin untuk masa sekarang. Aku sebenarnya belum lagi menerima kenyataan bahawa kehidupan kita telah berubah, dan setiap hari aku cakap sekejap je, esok lusa habis lah pandemik ni. Tapi sepatutnya perkara pertama sekali yang aku perlu buat ialah aku perlu menerima hakikat yang kehidupan kita telahpun berubah. Itulah hakikat yang paling menyakitkan untuk aku terima. Aku akan meratapi hakikat ini untuk beberapa waktu, waktu yang aku panggil renungan masa hadapan. Pada aku, kita akan melalui zaman yang sangat berbeza pada masa akan datang. Sekarang, teknologi sudahpun sampai ke tahap maksimum, dan teknologi tak akan lagi mampu pergi lebih jauh lagi, cuma penambahbaikan sahaja. Moral manusia juga akan berubah, kesan daripada tekanan pandemik yang kita lalui. Manusia akan jadi keliru dan mengelirukan akibat berita yang pada waktu sekarang bergerak dengan sangat pantas, disulam dengan ideologi yang entah apa apa. Akhirnya, kita akan melalui satu zaman yang baru, dan tahap cabaran kepada seseorang itu bergantung pada kesabaran, kebijaksanaan, hikmah dan ilmu yang ada pada individu itu sendiri. 

Bunyi macam sains fiksyen kan. Memang pun, itu hanya dari sudut pandang aku sahaja. Kenapa aku perlu luahkan perkara ini dalam entri ini? Jawapan aku satu, persediaan. Dalam menghadapi apa apa kemungkinan, aku perlu siapkan diri aku dari segala aspek kehidupan, supaya apa yang dinamakan sebagai norma baharu ini, tak lagi janggal untuk aku hadapi. Cukuplah sekali aku merasai the lowest point in my life. With that, aku doakan semua orang sentiasa dikurnia kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang akan datang ini. Ambillah masa ini untuk belajar asas agama yang benar dan memperteguh pendirian, supaya kita tak dikaburi dengan kebanyakan maklumat yang pada dasarnya hanya tanggapan daripada manusia yang serba tak sempurna.

Now, it is the time.