Politikus
Sejak 2018, kemelut politik tanahair tak berkesudahan. Keadaan sentiasa tak stabil, dengan setiap kali pertukaran kerajaan, maka dasar dasar juga bertukar. Kita seperti tidak berada di atas landasan yang benar, masih terumbang ambing. If when something is not right, kita perlu cari sesuatu untuk dipersalahkan. Maka, adakah politik dan ahlinya perlu dipersalahkan?
Kita sebagai rakyat, yang telahpun secara tidak sedar masuk ke dalam dunia moden, perlu sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Kesemua pihak sebenarnya bersalah, tak kiralah kesalahan itu bersifat individualistik ataupun secara kolektif. Oleh kerana I don't know what game the politicians are playing, so yang aku boleh katakan mengenai mereka ialah, it's their role to play the game dan kita sebenarnya tidakpun terlibat secara langsung dalam permainan mereka, kecuali jika kita membenarkannya. Seperti bermain satu permainan, hanya orang yang bermain sahaja tahu apa yang akan mereka lakukan. Jadi apa yang kita boleh lakukan sebagai penonton, hanyalah mengulas dan memberi pandangan.
Dalam mengulas dan memberikan pandangan tentang politik, pendirian aku simple, siapa salah harus bertanggungjawab dan siapa betul perlu diberi kredit. Tiada berat sebelah dalam menilai ahli politik. Tetapi yang aku lihat kebanyakan orang mengulas dan memberi pandangan dengan kaca mata yang mengandungi kebencian dan penghinaan terhadap sebelah pihak. Jika begitulah cara kita, sampai bila bilapun sebenarnya kemelut politik ini takan habis.
I do talk about politics, yes. Tapi aku takan cakap dengan someone yang taksub dengan sebelah pihak. Sebab itu takan membawa kepada perbincangan tapi lebih kepada perbalahan. Secara asas, kepimpinan bukanlah sesuatu yang mudah dan sesuatu yang kita takan mampu faham. Jadi sebenarnya yang bermasalah ialah diri kita sendiri. Dahlah membaca kurang, tapi menganalisisnya seperti profesor, walhal hakikatnya kita terikut ikut dengan trend. Orang sogok dengan kenyataan, kita terima bulat bulat. Orang guna istilah tu kita nak guna juga istilah tu. Sejauh manakah kita memahami bagaimana istilah itu terhasil? Sejauh manakah kita faham apa maksud istilah itu? Dan sejauh manakah kita tahu kebenaran daripadanya?
Kita rindukan kestabilan tapi kita juga yang menambah minyak dalam api. Sedarlah, jika politik itu permainan catur, kitalah bidaknya. Maka usahlah dipermainkan oleh mereka. Ambil tahu semua yang berlaku dan nilai dengan ilmu bukannya nafsu. Kemudian, natijahkan dalam pilihan raya. Jadilah rakyat yang berilmu dan berbudi bahasa.
Kita nak ahli politik bagus tapi kita?
Comments
Post a Comment
sedia memberi ulasan?